i) Terdiri dari empat warna a) Biru melambangkan perpaduan dan keharmonian warga SMK Meradong b) Putih melambangkan kesucian dan keluhuran budi warga SMK Meradong c) Merah melambangkan keberanian dan kecekalan serta semangat waja untuk menggapai cita cita d) Kuning melambangkan kesetiaan dan kepatuhan kepada semua undang undang sekolah
ii) Simbol obor melambangkan semangat yang membara di dalam warga SMK Meradong untuk mencapai cita cita dan impian dalam semua kegiatan
iii) Alat tulis melambangkan peranan SMK Meradong sebagai sebuah insitusi pendidikan yang unggul
iv) Burung melambangkan cita cita tinggi warga SMK Meradong serta kebebasan dan keterbukaan peluang dalam merealisasikan potensi diri dan harapan sekolah
Anugerah anugerah yang pernah di capai SMK Meradong
Sekolah Harapan Negara 1998 Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak 1998 Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 1999 Johan Pertandingan 3K Sarawak 2000 Johan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak 2001 Johan Keseluruhan Koperasi Sekolah Sarawak 2003, 2005 Anugerah Asrama Gemilang 2004 Johan Koperasi Kategori Asrama A 2004 Johan Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Gemilang 2006 Johan Drama Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sarawak 2006 Johan Sketsa Sains &Teknologi Negeri Sarawak 2007 Anugerah Sekolah Cemerlang Berasrama Luar Bandar 2007